Saturday, July 5, 2008

PETA MINDA

  • PETA minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat.

  • Peta minda boleh membantu anda untuk meningkatkan kecerdasan dan kemahiran anda untuk mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman.
  • Peta minda merangsang pelbagai keupayaan yang ada dalam diri anda.
  • Antaranya, anda perlu memikirkan tentang maklumat yang diperlukan dan membuat pemilihan mengikut keinginan anda.
  • Secara langsung, anda berhubung secara aktif dengan maklumat yang ada dalam ingatan anda.
  • Bolehlah anda sifatkan anda sebenarnya sedang berbicara dengan daya ingatan sendiri.
  • Peta minda itu juga boleh merangsang beberapa anggota anda yang mempunyai peranan tersendiri.
  • Antaranya, anda perlu berfikir, memerhati, memilih, melukis dan menentukan anda memahami apa yang anda inginkan.
  • Tangan anda ikut serta dalam kerja-kerja tersebut.
  • Hal ini dapat memahirkan diri dengan disiplin yang penting dalam pembelajaran.
  • Menggunakan peta minda bermakna anda harus menggunakan kemahiran menyusun maklumat yang betul dan tepat dan mudah difahami.
  • Peta minda juga membolehkan anda membuat perkaitan dengan lebih mudah dan cepat.
  • Apa yang anda ingat akan dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan yang anda lakukan.
  • Kemudian anda mengaitkan pula dengan beberapa isi kecil yang lain.

Cabang
  • Lama kelamaan akan membentuk idea keseluruhan mengenai apa yang anda inginkan daripada daya ingatan anda.
  • Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan peta minda akan menambahkan keseimbangan otak kiri dan otak kanan.
  • Anda telah ditunjukkan mengenai keperluan keseimbangan antara otak kiri dan otak kanan dalam rencana-rencana yang terdahulu.
  • Apa yang menarik mengenai peta minda ialah ia merangkumkan semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria dan sebagainya dalam usaha keseluruhannya.
  • Kelebihan lain yang terdapat pada peta minda ialah ia mudah digunakan serta sesuai untuk semua tujuan.
  • Peta minda amat sesuai untuk tujuan menelaah pelajaran, mengambil nota yang diajar oleh guru, membaca buku, persediaan sebelum berbahas, untuk bermesyuarat, malah untuk persediaan membeli-belah.
  • Anda tidak perlu menuliskan semuanya pada sekeping atau lebih kertas.
  • Anda tidak akan sukar untuk memikirkan secara mendalam kerana ingatan anda dibantu oleh hasil lukisan dan tulisan mata dan tangan anda.
  • Peta minda boleh disediakan dengan mudah. Pada buku tulis atau sekeping kertas, tulis topik utama yang menjadi perhatian anda. Topik tersebut, misalnya pembelajaran, eloklah dituliskan di bahagian tengah.
  • Dari sini, pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan topik pembelajaran akan dihasilkan dalam bentuk cabang atau cawangan daripada pembelajaran tadi.
  • Daripada cabang-cabang tadi, anda boleh menghasilkan pelbagai fakta isi kecil yang lain bentuk ranting. Di samping itu, anda boleh juga menggunakan pelbagai imej lain yang boleh mencorakkan peta minda dengan lebih menarik.

PETA MINDA

MENCATAT NOTA

Pengenalan
Nota adalah merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta.Mencatat nota adalh satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.

Mengapa perlu Membuat nota ?
  1. Semasa mencatat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau semasa sedang membaca.
  2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah diipelajari daripada guru atau apa yang kita baca.
  3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila terlupa.
  4. Mencatat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan.
  5. Nota membolehkan pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari.
  6. Nota yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.
Nota daripada buku teks

Pelajar yang menganggap mencatat nota daripada buku teks hanya membuang masa , haruslah berfikir semula. Mencatat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya. Misalnya:
  1. Membantu pelajar memhami pelajaran
  2. Berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan
  3. Dapat melatih berfikir dapat memningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.
Teknik Mencatat Nota

Berikut ada beberapa panduan di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mencatat nota:
Buat persediaan yang lengkap-misalnya pen, pensil, kertas dan buku.
  1. Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat.
  2. Kenalpasti kata kunci. Gunakan formula (4 w + h)

What (Apa)

Why (kenapa)

When (bila)

Where (di mana)

How (bagaimana)

4. Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan.

5. Lukiskan gambarajah atau carta yang sesuai.

Ciri-Ciri Nota Yang Baik

  1. Terdiri daripada isi-isi penting (utama).
  2. Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca.
  3. Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran.
  4. Catatkan isi-isi penting sahaja dengan menggunakan ayat sendiri.
  5. Gunakan dalam bentuk point, elakan menyalin ayat yang panjang.
  6. Kalau perlu gunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham.
  7. Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca.

RESEPI KEJAYAAN


Bahan-bahannya;
250 gm Daya usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
8 sudu the rasa tanggungjawab
200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

AMALAN MENINGKATKAN DAYA INGATAN

  1. Faham.
  2. Jarakkan/pecahkan masa belajar.
  3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
  4. Percaya pada diri sendiri.
  5. Ulang berkali-kali.
  6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
  7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
  8. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

PENGURUSAN MASA

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
  1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan.
  2. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
  3. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
  4. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
  5. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  6. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  7. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
  8. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
  9. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
  10. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  11. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  12. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  13. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
  14. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
  15. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  16. Masa sebelum pulang (Lewatkan pulang buat kerja rumah)
  17. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  18. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
  19. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  20. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
  21. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

TEKNIK BELAJAR BERKESAN


Pengenalan

Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberapa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan. Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.

Teknik Belajar 5R-STUV
Recopy (salin semula)
Rework all model 5 x (buat semula contoh/cepat/5x)
Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali)
Recheck (semak semula)
Reasonnablenes (jawapan berpatutan/sebaliknya)
S-sumarize (ringkaskan nota penting)
T-test your self (uji diri anda)
U-use (gunakan)
V-visualize (bayangkan selalu)

Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan. Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

Teknik Belajar PV3R
Preview (tinjauan awal)
Question (soal diri)
Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
Recite & write (lafaz dan tulis nota)
Review (tinjauan akhir)
Sumarize (ringkaskan)
Test your self (uji diri anda)
Use (gunakan)
Visualize (bayangkan)